Harapan dan Azam Baru 2019

Source: Canva

Hi, apa khabar semua? Saya harap anda semua berada dalam keadaan yang baik-baik sahaja. Sudah lama saya tidak “update” blog ini, dan saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2019 kepada semua pembaca dan rakan-rakan steemian dimana jua anda berada.

Maybe, ada yang tertanya-tanya mengapa saya kurang aktif dan tidak menulis blog. Well… Kebiasaannyan saya akan kurang aktif jika tiba musim cuti sekolah dan waktu inilah tanggungjawab saya akan berganda 2x. Lol…. (sila rujuk gambarajah dibawah untuk memahami lebih lanjut.)

Sumber: FB Pesan Bonda

Berbalik kepada tajuk asal iaitu harapan dan azam baru saya pada tahun 2019 ialah untuk lebih prihatin tentang kesihatan diri sendiri iaitu mengurangkan berat badan sehingga 60kg. (berat ideal dengan ketinggian saya) Berat saya ialah 75kg.

Langkah utama saya ialah untuk mengurangkan pengambilan makanan yang bergoreng, berminyak, manis dan mengurangkan nasi menjadi separuh. Menghentikan pengambilan minuman 3 in 1 dan bergas.

Sekarang ini saya membuat rutin untuk berjalan dan naik turun tangga sahaja. Tujuannya ialah untuk mengelakkan masalah sakit lutut kerana jika saya berjoging terus, ia boleh mengakibatkan lutut tercedera. Memandangkan saya tinggal di apartment, berjalan naik turun tangga adalah satu senaman yang ringkas dan cepat untuk saya.

Saya akan membuat rutin ini sehingga berat saya turun pada 70kg. Selepas itu, saya akan mula berjoging dan berkemungkinan akan mula berbasikal. Sebenarnya husband saya selalu mengajak untuk pergi berbasikal tetapi saya selalu memberi 101 alasan…hahaa

Basikal Gedmetric

Sampai sini sajalah update saya pada kali ini, semoga harapan dan azam ini terus berkekalan hinggalah akhir tahun. Lol…

Majlis Anugerah Cemerlang 2018

Anugerah Cemerlang 2018

I’m so proud of her.  Tidak sia-sia kami mengulangkaji bersama-sama sebelum peperiksaan.

Satu minggu lagi cuti sekolah akan bermula.  Jika cuti, tidak semestinya buku pun cuti.  Saya akan pastikan dia mengulangkaji matapelajaran yang lemah bagi menghadapi UPSR pada tahun hadapan.

 

Who am I?

As I mentioned in my profile, I use this blog to share some tips and tricks. I also share my life stories, discoveries, questions, and drawings. If you want to know what I’m doing, here are some facts about me:

* My name is Angela.
* I have 3 amazing kids!
* Flowers and kids love me.. 🙂
* I never say no to cheesecake.
* Did I mention I love flowers?
* I believe life is too short to worry about being a bad singer..LoL
* In reality, I’m a very shy girl and I’m actually nice.
* I always looking to try and learn new things but I never really master anything..Lol
* I believe in kindness, empathy and always making time to listen to a friend.
* For me, my family comes first. That makes every decision very easy.
* I made a huge mistake early in my Steemit career then slowly, I got a better understanding about this platform. If it wasn’t for Steemit, I wouldn’t have had a platform where I could write my thoughts, opinions, and my life’s experiences.

Thank you for checking out my post!

 

Budget: Perbelanjaan Pada Hujung Tahun

Hi apa khabar semua…

Gambar diatas diambil  2 minggu yang lalu di Boulevard Hypermall Sabah. Walaupun Christmas disambut pada tarikh 25 December (setiap tahun) semangat untuk merayakannya sudah ada di fikiran.

Setiap mall akan mengadakan jualan murah dan  menghiaskan mall mereka dan memasang lagu Christmas untuk menaikkan mood para pengunjung untuk berbelanja.

Manakala, komuniti dari gereja pula akan berlatih menyanyi lagu-lagu Christmas untuk persediaan caroling pada bulan December. Banyak aktiviti yang berlaku pada masa tersebut.

Para ibubapa pula akan menyediakan budget kerana bulan November dan December adalah bulan yang paling banyak perbelanjaan. Ini kerana, yuran untuk sesi persekolahan pada tahun hadapan harus dibayar pada bulan November. Saya sangat setuju dengan tarikh bayaran tersebut kerena untuk memudahkan ibubapa untuk mengawal budget mereka.

Ibubapa juga kena membeli barang keperluan sekolah anak-anak, menyediakan baju sekolah dan baju Christmas, kasut, Christmas present (optional, ada ibubapa bagi hadiah dan ada yang tidak bagi.. semuanya terpulang kepada individu). Bagi yang tinggal jauh, perbelanjaan mereka akan meningkat kerena mereka kena membeli tiket kapal terbang.

Acara yang terakhir ialah menyambut tahun baru. Ada yang berkumpul bersama keluarga, kawan, ada yang pergi bercuti, potluck,camping dan banyak lagi. Maybe ada yang berkahwin.

Kesimpulan:

Kesemua perkara diatas memerlukan wang perbelanjaan yang banyak.  So kita harus menyediakan budget perbelanjaan dari sekarang. Selain itu kena pandai menguruskan wang serta kena berjimat cermat dari supaya anda tidak pokai pada tahun hadapan. (kerana awal tahun hadapan… anda kena budget untuk “red packet” hahaaa).

Aktiviti Hujung Minggu: Membersihkan Kawasan Kuburan

 

Kopivosian kumaa toinsanan  doid nombo nopo, ahansan zou avasi kinotimpuunan tadau diozu di baino. (Kadazan language)

Maksudnya:

Greetings / salam kepada semua dimana jua anda berada, saya harap hari anda bermula dengan baik oada hari ini.

Gambar diatas diambil di kuburan keluarga di Kampung Sugud.  Sudah menjadi kebiasaan selepas membersihkan kawasan kuburan dan sambahyang (RC) kami akan menyalakan lilin pada sebelah malam.

Jangan salah faham, tiada ritual yang berlaku semasa lilin dinyalakan. Optional mahu pasang lilin atau tidak, terpulang kepada keluarga masing-masing.

 

 

Cerita Lucu: Anonymous Mask

Topeng Anonymous

Gambar ini diambil 2 minggu yang lalu di SuperSave ITCC. Saya dan keluarga pergi ke ITCC untuk berjalan-jalan. Anak-anak mengikut husband saya pergi ke tempat permainan sementara saya pergi ke kedai SuperSave.

Sementara saya sedang asyik mencari quiling paper, tiba-tiba saya mendengar kanak-kanak menjerit-jerit menangis. Saya terfikir, ini mesti ada budak-budak menangis meminta beli barang mainan dari ibubapanya. Kemudian, keadaan kembali pulih seperti biasa.

Tidak lama kemudian saya terkejut lagi kerana mendengar ada kanak-kanak menjerit ketakutan.  Dengan segera saya pergi ke arah suara tersebut, saya ternampak ada dua kanak-kanak lelaki sedang berpeluk (adik-beradik) sambil memandang ke satu arah.

Namun saya tidak dapat melihat apa yang mereka pandang kerana terhalang dengan barang-barang jualan.  Dengan tidak membuang masa saya pergi ke arah tersebut.

Saya terlihat seseorang yang saya kenal tetapi sedang memakai topeng anonymous. Ya,  dia adalah anak bongsu saya.. Sedang menakutkan budak-budak itu dengan topeng dari SuperSave.. Lol..

Saya mengambil gambarnya sebagai kenang-kenangan. 😂

Free Music For Your Video. Public Domain and No Copyright Music

Source

Hi all apa khabar semua? Saya harap semuanya berada dalam keadaan yang baik-baik sahaja.  Hari ini saya akan berkongsikan satu infomasi yang berguna khususnya kepada Youtuber, Dtuber dan kepada mereka yang ingin share video di mana-mana website, blog, FB dan sebagainya.

Tahukah anda,  menggunakan music orang lain tanpa kebenaran adalah menjadi satu kesalahan dan jika kedapatan anda akan didakwa mengikut undang-undang yang telah ditetapkan. Jadi anda kena hati-hati dan sentiasa memeriksa jika music itu bebas digunakan oleh semua orang.

Saya adalah seorang Youtuber yang baru berjinak-jinak dalam aktiviti membuat video. Latar belakang music yang saya gunakan ialah jenis public domain dan no copyright music.

Anda boleh dapatkan music tersebut di:

YouTube Audio Library

YouTube menyediakan muzik percuma untuk video yang anda buat. Sesetengah muzik dilesenkan di bawah Creative Commons dan memerlukan atribusi, tetapi kebanyakannya tidak.

ccmixter

Laman web ini mempunyai contoh asli dan trek vokal capella dari pemuzik di seluruh dunia dan trek percuma untuk kegunaan komersil.

Incompetech

Incompetech menawarkan beribu-ribu kesan bunyi muzik yang dihasilkan oleh komposer Kevin MacLeod.

Free Music Archive

Koleksi muzik royalti percuma yang dikendalikan oleh stesen radio WFMU.

Free Sound

Free sound merangkumi koleksi besar kesan bunyi, termasuk beberapa yang dilesenkan di bawah CC0.

FreePD

Komposer Kevin MacLeod telah mendermakan karyanya di laman web ini ke domain awam, jadi anda tidak perlu memberi kredit kepadanya dalam video anda.

Partner In Rhyme

Partner In Rhyme menawarkan pelbagai koleksi muzik percuma dan kesan bunyi royalti yang tersedia untuk kegunaan komersial, termasuk lesen boleh dicetak.

Musopen

Musopen adalah koleksi muzik domain awam.

Saya harap info ini dapat memberikan anda beberapa maklumat penting dan dapat membantu anda dalam membuat video.

Sekian dan terima kasih.

 

 

Aktiviti Ibubapa dan Anak

Ini adalah projek terbaru saya, membuat bunga dari kertas.  Ianya sangat mudah untuk dibuat.  Sesuai untuk aktiviti antara ibubapa dan anak-anak.

Hiasan bunga dari kertas ini banyak kegunaannya, kita boleh menghiasnya pada frame,  kotak hadiah,  meja,  hiasan dinding, scrapbook dan banyak lagi.

Anda boleh melihat tutorial yang telah saya buat  di sini.

Cara buat bunga dari kertas

Who am I?

As I mentioned in my profile, I use this blog to share some tips and tricks. I also share my life stories, discoveries, questions, and drawings. If you want to know what I’m doing, here are some facts about me:

* My name is Angela.
* I have 3 amazing kids!
* Flowers and kids love me.. 🙂
* I never say no to cheesecake.
* Did I mention I love flowers?
* I believe life is too short to worry about being a bad singer..LoL
* In reality, I’m a very shy girl and I’m actually nice.
* I always looking to try and learn new things but I never really master anything..Lol
* I believe in kindness, empathy and always making time to listen to a friend.
* For me, my family comes first. That makes every decision very easy.

* I made a mistake early in my Steemit career then slowly, I got a better understanding about this platform. If it wasn’t for Steemit, I wouldn’t have had a platform where I could write my thoughts, opinions, and my life’s experiences.

Thank you for checking out my post!

 

Aktiviti hujung minggu bersama keluarga: CitiMall, Lintas KK

ITCC

Hi all,  apa khabar. Saya harap semuanya berada dalam keadaan yang baik-baik sahaja. Kebiasaannya aktiviti saya dan keluarga pada hujung minggu adalah pergi makan di luar kemudian pergi ke mall.

Kadang-kadang kami akan pergi menonton wayang bergantung kepada jenis movie tersebut. Jika ia menarik,  kami akan pergi menontonnya. Kadang-kadang kami pergi ke mall untuk membeli barang keperluan rumah, sambil melihat apa aktiviti yang ada di mall tersebut.

Saya dan keluarga suka pergi ke CityMall kerana tiada PTI di sana dan keadaannya tidak sesak. Selain itu terdapat banyak kedai makan yang enak dijual di sana. Saya dan keluarga suka pergi makan Hainanese chicken rice. Kedai ini sentiasa ada pelanggan, walaupun harganya mahal berbanding dengan kedai yang lain namun ia tetap menjadi pilihan kami kerana ia sedap.

Big Apple Donuts, semuanya sedap-sedap. Siapa yang tidak suka donuts nie memang kesian lol.

Terdapat banyak pilihan donuts yang dijual disini dan anak-anak saya memang suka kerana ia lembut dan manis. Cubalah rasa, anda pasti nak lagi.

Kedai kegemaran saya jika berkunjung di Citymall.

Sebelah kedai Popular adalah tempat kanak-kanak bermain game.  Apabila husband dan anak-anak pergi ke sana, saya akan pergi ke kedai Popular. Saya suka membeli buku cerita, buku masakan dan bermacam-macam lagi.

Tidak dinafikan CityMall mempunyai bermacam-macam kedai dan entertainment seperti mall yang lain, namun apa yang menariknya di sini adalah suasana di sini tidak sibuk, tidak bau dan tidak sesak (saya tidak suka mall yang sesak).

My new DIY project for students

Pada hari khamis yang lalu,  anak saya mengatakan ingin menjual kotak pensel/pen kepada rakan-rakannya. Ia mendapat idea ini setelah melihat tempat pensel yang saya buat beberapa hari lalu.  So dengan tidak membuang masa saya pun bersetuju.

Kami berbincang tentang harganya. Anak saya memberi cadangan untuk menjual RM1.00 kotak tersebut.  Saya merasakannya harga itu terlalu mahal jika dijual untuk budak-budak sekolah rendah. Saya menyuruhnya menjual RM0.50 untuk setiap kotak.

Dipendek cerita, kami mendapat sebanyak 21 pesanan.  Wow… Saya tidak sangka bahawa kotak kertas tersebut mendapat sambutan dari murid sekolah. Anak-anak saya turut membantu saya melipat kertas tersebut.

Kesimpulan

* Dapat mendedahkan anak-anak berniaga di usia yang muda.

* Dapat menilai wang dari hasil usaha sendiri. (mereka tahu bukan senang untuk mendapat wang)

* Dapat menabung untuk masa depan.

  1. Sekain sahaja coretan saya pada kali ini,  saya akan update di post yang akan datang setelah projek ini selesai.

My Quiling Tools

 

Pada hujung minggu yang lalu saya telah pergi ke Super Save  ITCC Penampang. Saya ternampak set quiling paper dan terus mrmbelinya..

Saya agak terkejut, kerana harganya jauh lebih murah berbanding harga yang saya nampak di internet. Setakat ini saya amat berpuas hati setelah mencuba membuat bentuk dari set quiling ini.

Saya cuma kekurangan 1 item iaitu  quiling shredder / quiling cutter. Saya memerlukannya untuk memotong kertas. So hujung minggu nanti saya akan pergi ke PopularCitymall untuk mencari shredder ini.

Ini adalah hasil dari quiling paper ciptaan saya sendiri. Anak saya memberi cadangan untuk menjualkan penanda buku ini kepada rakan-rakannya. Dengan tidak membuang masa,  saya pun setujuh dengan cadangannya.

So,  hari ini saya akan membuat bermacam-macam bentuk quiling paper.  Stay tune.